Tuesday, August 23, 2011

Hargai Pengorbanan Isteri

السلام عليكم
Mulianya seorang isteri disisi Allah.
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu (lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. 



Al-kisah, Arif tidak pernah membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Malah dia sering bersungut sendirian kerana telah merasa bosan setiap hari pergi kerja, sedangkan Nia isterinya hanya tinggal di rumah. Kalau boleh, dia mahu isterinya tahu betapa penat dan letihnya dia bekerja setiap hari untuk menanggung keluarga. 

Satu malam Arif berdoa, ’Ya Tuhanku. Aku bekerja 8 jam sehari sedangkan isteriku hanya tinggal di rumah bersama anak-anak. Aku mahu supaya dia tahu betapa letihnya aku bekerja setiap hari. Tolonglah ya Tuhan, tukarkanlah aku dan isteriku. Biar aku yang menjadi isteri untuk sehari sahaja supaya dia pula dapat merasakan betapa letihnya aku bekerja. Biar aku pula yang berehat di rumah’

Tuhan Yang Maha Mengetahui telah memakbulkan permintaan Arif. Pagi besoknya, ia bangun dari tidur, dan pastinya sebagai seorang isteri. Bangun saja dari tidur, dia bergegas ke bilik air, cuci gigi dan terus ke dapur menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak. Pastu bangunkan anak-anak dan melayan mereka bersarapan, pada masa yang sama melayan suami bersarapan. Pastu menghantar suami yang nak pergi kerja ke pintu, kembali membetulkan baju anak-anak yang nak ke sekolah dan menyediakan air yang anak-anak nak bawa ke sekolah. Pastu panaskan enjin kereta dan
bergegas hantar anak-anak ke sekolah. Balik dari sekolah terus ke pasar untuk membeli ikan dan keperluan dapur yang lain. Dekat dua jam baru sampai balik ke rumah. Simpan barang-barang dapur ke dalam almari dapur dan ikan simpan dulu dalam peti ais. 


Kemudian kutip kain kotor untuk dicuci dengan mesin sehingga selesai dan dijemur. Pastu baru mula memasak untuk anak-anak yang akan balik sekolah nanti. Selesai masak, jam dah pukul 12.45 tengahari. Terpaksa pula bergegas ambil anak dari sekolah. Selesai ambil anak, beri pula mereka makan sebelum mengatur anak-anak supaya membuat kerja sekolah. Pastu terpaksa pula kemas rumah supaya jangan bersepah sangat. Kemudian angkat kain di jemuran. Tiba-tiba anak bongsu menangis kerana terjatuh. Dah nak kena beri rawatan dan pujuk supaya tangisan tidak berlarutan.


Dah selesai, kain-kain yang baru diangkat perlu pula dilipat dan disusun dalam almari. Sedar tak sedar, waktu Zohor dah tinggal tak berapa minit saja lagi. Terpaksa bergegas pulak tunaikan Zohor sebelum tertinggal. Selesai salam, azan Asar kedengaran. Selesaikan pulak solat Asar sebelum menyambung apa-apa kerja yang belum siap. 


Belum sempat rehat, terpaksa pula balik ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Lepas Maghrib, terpaksa layan suami dan anak-anak makan, pastu cuci pinggan mangkuk, pastu mandikan anak yang masih kecil, pastu uruskan supaya anak-anak masuk tidur dan macam-macam pastu lagi.
Dekat pukul 11.00 malam barulah semua kerja rumahtangga selesai. Badan pun dah longlai.
Bolehlah rasanya nak berehat sikit. Opps...belum boleh rehat rupanya. Suami juga mahukan layanan. Berdosa isteri kalau tak melayani kemahuan suami. Tambahan pulak malam ni malam Jumaat. Maka suami dilayani dengan sewajarnya sehinggalah dia terkulai dua kali dan langsung tertidur tak pasti pukul berapa. 


Setelah terjaga sebelum dinihari, Arif segera bangun dan berdoa semula, ’Ya Tuhanku. Barulah kini aku tahu. Aku dah tak sanggup lagi jadi isteri. Aku keluar bekerja seharian pun tak penat macam ni. Ada juga masa berehat, minum kopi dan berbual dengan kawan-kawan. Tolonglah kembalikan aku sebagai suami semula. Taubat aku tak sanggup dah jadi isteri. Salah sangkaanku selama ini bahawa kerja-kerja isteriku di rumah begitu mudah. Biarlah isteriku terus di rumah dan aku keluar bekerja’


Arif terdengar satu suara ghaib berkata,’Wahai Arif, kamu belum boleh kembali menjadi suami sebab persetubuhanmu malam tadi telah menjadi benih. Kamu kenalah tunggu 9 bulan 10 hari lagi untuk melahirkan anak sebelum kamu dapat menjadi suami kembali.'


Whatttt???9 bulan 10 hari???Beranaaak???Waaaaaa.. tak nak, tak nak, tak naaaaaaaaaaaaaaaaak kkkk!!!



‘Bang, bang…Abangggg…apasal niii??' sergah satu suara di sisinya.
Arif melompat bangun dari katilnya dan terus memegang isterinya sambil bertanya, ’Nia, Nia kah yang jadi suami atau abang yang jadi suami??
‘Laaaaa… tebiat apa pulak abang ni. Kan Nia ni perempuan. Tentulah abang yang jadi suami. Apa punya lawak pagi-pagi rabun ni…..’


Hari tu Arif mengambil cuti emergency dan sehari suntuk membantu isterinya membuat kerja-kerja rumah. Nia terkedu , terlopong dan jadi bisu seharian melihat gelagat suaminya.

Begitulah besarnya pengorbanan seorang insan bernama ISTERI.Kehidupan seorang isteri dalam bahtera rumah tangga selepas mendirikan rumahtangga menemukan dia pada banyak saat dan ketika di mana dia melakukan pengorbanan demi pengorbanan. Kecil atau besar, sedikit atau banyak, pengorbanan pasti ada dalam kamus hidup seorang isteri.

Seorang isteri sanggup menempuh kehidupan bersama suami tidak kira bagaimana pun bentuk kehidupan itu. Liku dan ranjau di hadapan belum diketahui. Kalaupun lebih susah dari sebelumnya, isteri selalunya sanggup berkorban dan bersusah-susah demi meneruskan hidup bersama suami.

Kehidupan seharian dalam sesebuah rumah tangga menyerlahkan banyak pengorbanan isteri. Bersengkang mata hingga jauh malam untuk membereskan urusan rumah mungkin tidak dirasakan satu pengorbanan oleh seorang isteri.

Begitu juga bangkit awal pagi untuk menyediakan juadah sarapan. Kerja-kerja itu sudah dianggap alah bisa tegal biasa.Sudah menjadi kerja rutin yang setiap hari dibuat. Tetapi semua itu menuntut masa dan tenaga.Bermakna, isteri harus korbankan masa dan kerehatannya. Mungkin juga kesihatan. Semuanya untuk memastikan rumah yang dihuni bersama suami dalam keadaan terurus. Nyaman selesa dan membuatkan suami bahagia.

Itu belum dikira pengorbanan seorang isteri dalam mengandungkan anak suaminya yang pastinya akan melalui ujian dan cabaran tersendiri. Namun, rasa bahagia mengandungkan anak hasil perkongsian hidup dengan suami membuatkan dia lupa penanggungannya sewaktu sarat mengandung. Dalam keadaan sarat mengandung, isteri masih aktif di rumah. Membawa perut yang memboyot, dia masih sanggup turun ke dapur, membasuhkan pakaian suami, menjemur kain baju, basuh pinggan mangkuk, mengelap lantai, membersihkan habuk dan bermacam lagi.Secara peribadi,setelah menyaksikan isteri saya yang mengandung khususnya dan wanita-wanita lain amnya,saya sendiri rasanya tidak sanggup melalui jerih perih seorang isteri semasa mengandungkan anak…bermacam-macam susah payah yang dilalui, morning sickness la,tak boleh makan sesuka hati, jalan yang tidak selincah seperti sebelumnya dan bermacam-macam lagi. Itu belum dikira seandainya dia mengalami ujian semasa mengandung atau melahirkan bayi yang tidak cukup umur seperti yang terjadi kepada isteri saya dan ibu-ibu yang senasib sepertinya…bagaimana kekuatan jiwa diperlukan dalam melalui ujian Allah tersebut.


P/s : Moral of the story, hargailah jasa isteri. Bekerja 24 jam sehari,7 hari seminggu tanpa gaji. Banyak kerja yang dilakukan oleh isteri pada hakikatnya adalah untuk membantu suami membereskan urusan rumah tangga. Kerja-kerja yang menjadi tanggungjawab bersama itu dibuat oleh isteri demi memberi khidmat bakti kepada suami.

Sekalipun tidak mahu menghargai jasa isteri, janganlah sampai mengutuk mereka hanya kerana kesalahan yang kecil. Umpama mereka ini tak pernah buat kebaikan langsung di dalam rumah tangga



Renung-renungkanlah. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...