
This is Chris Medina & his beautiful princess Juliana Ramos.
So sweet kan dorang ni?
Jika anda tidak tahu atau tidak kenal Chris dan tunangnya Juliana, well.. Chris adalah salah seorang peserta audition untuk American Idol this year tetapi kecundang diperingkat saringan. dan Juliana pula adalah kekasih Chris selama 8 tahun, major dalam muzik dan amat menyanjungi dan meminati nyanyian Chris dan small band nya Green Light. Juliana sentiasa memberi semangat kepada Chris untuk berjaya di dalam bidang muzik.
Setelah sekian lama bercinta, mereka telah bertunang pada 12 Desember 2007.


Pic dari video sewaktu Chris melamar Juliana, mereka kelihatan really in love!
Click here to see the precious moment Chris Medina proposes to Juliana Ramos to be his fiance.
Click here to see the precious moment Chris Medina proposes to Juliana Ramos to be his fiance.
Pada 2 Oktober 2009, hampir 2 bulan saja lagi sebelum mereka mendirikan rumahtangga pada akhir bulan November, Juliana telah mengalami kemalangan kereta yang amat teruk. kepalanya retak, dan beberapa tulang di wajahnya yang cantik itu juga turut patah. namun, dia terselamat. tetapi Juliana telah kecederaan otak yang amat kritikal sehingga dia koma dan seluruh anggotanya juga turut menjadi lumpuh akibat dari kecederaan itu.
Juliana Ramos is damn pretty right?

This is Juliana's face after two years of accident car, dan Chris masih bersamanya!
Kisah cinta Chris Medina telah menggoncangkan hati berjuta-juta orang di seluruh dunia. baik wanita mahupun lelaki. ini adalah kerana, masih lagi ada lelaki baik yang benar-benar ikhlas dan jujur menyayangi seorang gadis lumpuh. sedangkan dia boleh saja kalau mahu pergi kepada wanita lain. dia juga boleh memutuskan saja pertunangannya. tetapi, Chris TIDAK melakukannya!
Baginya, segala janji-janjinya kepada Juliana sebelum kemalangan itu dan segala-gala apa yang dikatakan selama ini, dia kotakan! bukan hanya sekadar kata-kata, bukan hanya janji kosong. dan kerana itulah, walau lumpuh, walau hodoh, walau cacat, dia rela bersama dan berkorban dengan menjaga tunangnya, Juliana.
Persoalannya di sini…
- Sanggupkah anda menjaga pasangan anda yang tiba-tiba berubah menjadi cacat? lumpuh? dan sudah tidak berupaya melakukan apa saja?
- Sanggupkah anda menjaga makan, dan minumnya, menyuapnya setiap waktu makan?
- Sanggupkah anda memandikannya, membersih kencing, dan segala najisnya? TANPA mendapat apa-apa dari pengorbanan anda itu?
- Sanggup kah anda mengotakan janji anda, kata-kata anda yang cinta, sayang, kaulah segala-galanya, you sorang je lah yang I cinta sampai bila-bila… SANGGUP?
Ramai yang bercinta, tapi mengharap berbagai balasan dan keuntungan. ramai yang bercinta terlalu menginginkan diri dicintai balik. ramai yang bercinta, kecewa apabila diri dipinggirkan.
Tidak mengira anda lelaki, mahupun wanita, cuba letak diri anda sebagai Chris Medina, cuba selami jiwanya yang cukup bahagia walau hanya memberi dan tidak menerima. cuba rasakan, cinta Chris pada Juliana. jangan hanya baca dan mengalir air mata. tetapi selaminya, rasainya.
Dia cukup bahagia dengan hanya menjaga Juliana, memberi kasih dan sayangnya kepada gadis itu tanpa menghiraukan pun jika Juliana dapat membalas cintanya, apatah lagi memberi nafkah batin sebagai isteri kelak.
Baginya, as long as dia dapat memberi sepenuh perhatian kepada Juliana, menjaga dan mengambil berat terhadap tunang yang disayanginya itu, sudah memadai.
dan because of that jugalah kini, Chris berjaya! dan segala pengorbanan dia juga telah mendatangkan hasil. ramai yang telah membuka ruang dan peluang kepada kedua-dua pasangan bercinta ini.
Juliana telah mendapat bantuan kewangan beratus-ratus ribu ringgit untuk merawat kecederaan otaknya. melalui Chris, Juliana perlahan-lahan pulih. namun, sebagaimana yang doktor Juliana katakan, “You will never know, when a brain injury will recover!”. bayangkan lah... anda tidak akan tahu samada pasangan anda akan betul-betul sembuh atau pun tidak. as most of the case study, tiada satu pun yang pulih seperti sedia kala.
Apabila ditanya sewaktu interview bersama Ryan Seacrest di Kiss radio, Chris menjawab. “What are words if you really don’t mean them, when you say them? ”. dari kata-kata itulah terciptanya lagu khas buat Juliana yang kini telah mencapat 13 juta hit di youtube.
Watch here and listen to the words and feel the story : What Are Words.
PESANAN PENTING :
Masih ada lelaki yang baik di dalam dunia ini. jangan cepat putus asa dengan cinta hanya kerana 2-3 kali gagal dan dikecewakan. jangan pula taksub hanya pada seseorang itu saja yang terbaik dan tiada lagi orang lain. KERANA, satu anda jumpa yang terbaik, PASTI akan ada ramai lagi yang lebih baik. itu sudah lumrah alam.p/s : my personal note to all , jangan berkata cinta, jika tidak terpijak di jiwa nyata. feel it, embrace it. then only say it! if not, forget it! & lagisatu kalau korang nak tgk gambar best moment Juliana Ramos & Chris Medina 2 tahun lepas, korang boleh click dekat word best moment tu then korang akan tgk album photo dekat myspace Juliana Ramos.







No comments:
Post a Comment