Hai guys, hani ingin berkongsi sedikit tips untuk mengekalkan kemesraan suami isteri dalam alam rumahtangga.
Firstly, asas perkahwinan bahagia ialah perhubungan suami isteri. Apabila 2 org dibesarkan dlm suasana berbeza dan kini tinggal sebumbung, pasti masalah kecil akan timbul. Untuk mengatasi masalah, hubungan suami isteri mesti diperkukuhkan. Walau apa jua mslh dihadapi, pasangan mesti berbincang secara terbuka. Jika berbuat demikian, pasti anda berasa lega dan dapat memahami cita rasa pasangan. Sebaliknya jika memendam perasaan pasti rasa tertekan dan boleh memudaratkan kesihatan. Cuba atasi masalah pada hari itu juga dengan perasaan cinta.
Sebagai pasangan suami isteri, pasti mengetahui kekuatan dan kelemahan masing-masing, jangan sesekali memberitahu pihak ke 3 kelemahan atau masalah yang dihadapi. Kata-kata seperti "suami saya tak berguna" atau "isteri saya malas" sebenarnya mengaibkan diri sendiri.
Sikap bantu membantu juga antara resepi kerukunan rumahtangga. Lumrah, perbezaan pendapat antara pasangan berpunca daripada membuat perbandingan dengan pasangan lain yang mereka kenali. Harapan bahawa pasangan akan mengikut pendapat anda jarang berlaku. Sebenarnya, setiap pasangan harus menghormati satu sama lain biarpun berbeza pendapat.
Kesimpulannya, kemesraan suami isteri, lahir daripada sebuah rumahtangga yang memahami dan bantu-membantu. Perkara remeh-temeh tak seharusnya diperbesarkan dan perbincangan secara bijaksana dapat menyelesaikan segala permasalahan yang timbul.



No comments:
Post a Comment