Friday, October 14, 2011

Sahabat bertakhta di hati, isteri terpijak di kaki?

السلام عليكم

Suami anda gemar berkawan mesra dengan siapa saja tapi tidak dengan anda? Agaknya kedudukan sahabat jadi lebih baik daripada isteri. Krisis rasa bersahabat di antara suami isteri bermula ketika salah seorang beralih perhatian kepada yang lain. Boleh jadi kepada anak-anak yang masih perlu perhatian yang rapi, karier, hobi atau teman-teman lama. Kemudian sedikit demi sedikit pasangan mula di pinggirkan. Akhirnya masing-masing tiada masa bersembang, minum teh atau menonton bersama bahkan sekadar mengucap salam pun tak sempat.

Hati utk suami, hati utk anak, hati utk kerjaya dan sebagainya boleh di bahagi dengan adil jika mahu. Tak perlu salahkan sesiapa, memang sah kedua-duanya salah! Apa yang penting bagaimana memperbaiki kelemahan utk menjadi lebih bersahabat dan intim dengan pasangan. Kenali gaya hangat jadi sahabat yang hebat.

Jadi kawan jangan kaku
Ada kalanya suami mahu anda berperanan lebih bebas, sporting, gila-gila sikit dgn gurauan yang mencuit hati. Keluarlah dari kongkongan gelaran sebagai isteri. Belajarlah dari semangat Aisyah R.A isteri Rasullullah S.A.W yang berjiwa muda, ceria, menyenangkan hati suami, bijak dengan ketinggian ilmu, sebagai teman Rasullulah yang pandai mengambil hati. Begitulah kawan setia yang lebih hebat dari sekadar isteri.

Jadi kaunselor
Kebanyakan penyebab suami atau isteri curang adalah kerana mereka mencari kawan yang mahu mendengar curahan hati. Lidah yang suka mengata suami, menyebut-nyebut keburukannya, mengungkit kesilapan silamnya, menjatuhkan maruah suami dengan cara yang amat menyakitkan. Kalaulah isteri berjiwa besar dengan sifatnya yang pemaaf, memahami dan sensitif, pasti hati suami terpaut walupun tanpa kata-kata kerana sikap mencerminkan pesona keihklasan hati.

Jadi peminat seorang bintang pujaan
Rancanglah kegembiraan setiap hari. Berminatlah menjadi sahabat suami, meminati hobinya, meminati pemikirannya, meminati karektornya dan meminati segala-galanya seakan dia seorang selebriti.
Kalau temukan sikapnya yang menyakitkan hati, jangan cepat terasa. Sebagai manusia biasa, suami juga banyak kelemahan tapi jangan sampai mata anda tertutup utk melihat keunikannya. Pada 10 kelemahan tentu ada sejuta kehebatan yang boleh menghapus segala persepsi negatif tentang dirinya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...